Thursday, April 16, 2015

Fahami Kitar Haid Anda Dan Ketahui Waktu Subur Anda

Lumrah dalam kehidupan selepas bergelar suami isteri... pasti mengharapkan agar dikurniakan anak secepat mungkin. Itu memang naluri semulajadi tak kira la wanita atau lelaki. Tetapi nak dapat anak cepat, tak semua orang bernasib baik. Ada yang kahwin baru sebulan dah mengandung, itu bunting pelamin namanya. Tetapi ada jugak yang kena tunggu setahun, 2 tahun, 3 tahun untuk dapat anak. Mungkin belum rezeki agaknya kan?

Bagi seorang wanita amat penting untuk mengetahu waktu subur mereka.
Kenapa ianya PENTING?
Penting sekiranya anda mahu hamil ATAU anda ingin menjarakkan kehamilan.

APA ITU KITARAN HAID DAN OVULASI?

KITARAN HAID adalah kiraan dari hari pertama haid datang hinggalah haid datang semula. Kitaran haid yang normal dan konsisten mempunyai bilangan hari yang sama setiap bulan.
Contoh : kitaran haid 26, 28 atau 30 hari.

Kitaran haid yang tidak normal pula apabila haid kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak, kitaran tidak menentu iaitu bulan ini 25 hari, bulan hadapan 29 hari, bulan seterusnya 26 hari. Maksudnya disini ialah ianya TIDAK KONSISTEN setiap bulan.

OVULASI pula apabila telur/ovum matang dilepaskan dari ovari menuju ke uterus melalui tiub Fallopio. Dalam kitaran haid wanita, ini dikenali sebagai WAKTU SUBUR di mana persenyawaan antara ovum dan sperma boleh berlaku jika ada.

Sebelum Azie berkongsi maklumat lebih lanjut, jom kita fahami tentang Kitar Haid dulu ye...


FAHAMI KITAR HAID ANDA :

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan. Bagi yang mempunyai kitaran haid yang normal biasanya adalah 28-30 hari.

HARI 1-7
Fasa ini dipanggil FASA PENGELUARAN HAID (menstruation) - darah haid keluar.
Pada hari pertama haid datang, anda perlu tanda pada kalendar dan bilakah ianya akan tamat.Ini amat penting sekiranya anda ingin merancang kehamilan.

HARI 8-11
Fasa ini dipanggil FASA FOLLICUR.
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat, darah akan berkumpul didinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

HARI 12-17
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil OVULASI berlaku. Telur akan keluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil "Luteinizing Hormone (LH)". Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ianya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran Tiub Fallopio ke rahim. Untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tetap, hari ke-14 adalah hari ovulasi berlaku.

HARI 18-28
Fasa ini dipanggil FASA LUTEAL atau FASA SECRETORY.
Pada fasa ini, sejenis hormon dipanggil "progesteron" dirembes  selepas telur dikeluarkan daripada sarangnya. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah hormon progesteron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu yang terbaik untuk BERSAMA SUAMI-ISTERI ialah pada hari ovulasi berlaku.
Ini kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya iaitu lebih kurang hari ke-14 daripada hari pertama haid.

Bagi kaum wanita, adakah kitaran haid anda normal? anda tiada sengggut? tiada masalah kesuburan? tiada cyst, fibroid, PCOS?
ATAU anda mempunyai masalah yang Azie beritahu di atas tu?

Sekiranya ada, Azie sarankan anda untuk mencuba Gla Complex Shaklee yang memang sangat-sangat membantu kaum wanita dan sesuai untuk mengatasi masalah kesuburan.


Klik sini untuk mengetahui tentang fungsi GLA COMPLEX SHAKLEE

Dapatkan konsultansi dan jadual makan ekslusif secara percuma sekiranya anda membuat pembelian  daripada Azie.

Nak order? Hubungi Azie
Sms/Whatsapp : 012-6930770
Email : mamafarzana77@gmail.com

COD AREA : SEREMBAN, SENAWANG, TAMAN TUANKU JAAFAR, TAMAN PINGGIRAN SENAWANG, TAMAN TASIK JAYA, TAIPAN SENAWANG, SIKAMAT, AMPANGAN, PAROI, SEREMBAN SELATAN, SEREMBAN 2.

POSLAJU SELURUH MALAYSIA.

Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang memang menjimatkat untuk setiap pembelian produk & BONUS sehingga 21% daripada Shaklee. 


0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...