Sunday, June 7, 2015

INFO : Punca KETIDAKSUBURAN SUAMI & ISTERI

Alhamdulillah, dah masuk 28 minggu kandungan Azie. Dari awal kehamilan sehinggalah sekarang banyak informasi yang Azie baca dan google berkaitan KESUBURAN, KEHAMILAN dan KELAHIRAN. Walaupun dah 3 kali mengandung, tetapi ilmu berkaitan Kehamilan dan Kelahiran perlu sentiasa ada.

PUNCA KETIDAKSUBURAN

Azie pasti ramai yang masih belum diberi peluang hamil tercari-cari apakah SEBAB mereka masih belum hamil. Tak subur ke? Persoalan itu pasti bermain difikiran anda, kan?

Daripada pembacaan Azie, Azie nak kongsikan pula bersama anda semua.


Selepas 6 bulan memcuba untuk hamil namun gagal, anda dan suami harus mendapatkan PEMERIKSAAN DOKTOR bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan samada isteri ataupun suami.

SECARA FITRAHNYA, untuk hamil, wanita perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovari. Kemudian telur mesti melalui saluran fallopio untuk menuju ke rahim. Sementara itu, sperma lelaki perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan ke rahim. Setelah disenyawakan, telur perlu melekat di dalam rahim. Sekiranya berlaku masalah di dalam salah satu langkah yang dinyatakan, ia akan dianggap sebagai PENYEBAB KETIDAKSUBURAN.

Lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita.
1/3 lagi berpunca daripada lelaki.
Selebihnya adalah gabungan faktor-faktor yang tidak dapat dikenalpasti.

WANITA

1. GANGGUAN TELUR
Keseimbangan hormon penting untuk hamil. Hormon yang tidak seimbang akan mengalami gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila anda mempunyai berat badan yang terlalu berat; mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, ujian hormon dapat membantu mengenali punca berlakunya masalah ini.

2. SALURAN FALLOPIO TERSUMBAT
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya  tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim dimana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. Ujian HSG atau Laparoskopi dapat mengenal pasti punca masalah ini.

3. ENDOMETRIOSIS
Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu punca dikenalpasti.

4. MASALAH RAHIM
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah. 

5.ANTIBODI MENYERANG
Dalam kes yang jarang berlaku ini, tubuh tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamat (telur dan sperma). Kes ini lebih banyak berlaku kepada lelaki. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

LELAKI

1. SPERMA TIDAK MATANG
Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ia hanya bersifat sementara. Analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2. GANGGUAN PENGANGKUTAN SPERMA
 Dalam 4% daripada kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat.

Walaupun punca diatas menghalang kesuburan suami dan isteri, tetapi anda janganlah berpeluk tubuh menyerah sahaja kepada takdir. Masih banyak cara untuk mengatasi masalah ketidaksuburan ini. Diantaranya ialah RAWATAN KESUBURAN dan MAKANAN TAMBAHAN (supplemen) untuk meningkatkan kesuburan.

Kalau anda nak tahu, Shaklee pun ada vitamin untuk meningkatkan kesuburan anda. Dengan pengambilan yang konsisten, tawakkal kepada Allah, insyaallah usaha kita akan berhasil.


Klik link dibawah untuk entri berkaitan kesuburan :

1. Set Kesuburan Shaklee : Peranan Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
2. Testimoni Hamil : Tak Sampai 2 Bulan Penggunaan Vitamin Shaklee, Dah Berjaya Hamil
3. Himpunan Testimoni Yang Dah Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Dapatkan diskaun sehingga 20% hari ini dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dan anda akan dapat :-)
{+} Keahlian seumur hidup
{+} Tidak ada yuran tahunan
{+} Tidak perlu membeli produk untuk kekalkan keahlian
{+} Dapat "cash back" jika cukup syarat

Sila hubungi Azie untuk pendaftaran ahli dan pembelian produk Shaklee.

Sms/Whatsapp : 012-6930770
Email : mamafarzana77@gmail.com

** COD Area Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Taman Bandar Senawang, Taman Tasik Jaya, Taipan Senawang, Sikamat, Ampangan, Paroi, Seremban, Senawang, Seremban 2 dan kawasan sekitarnya.

** Penghantaran keseluruh Malaysia menggunakan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK.




0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...