Ramai wanita hamil menganggap
penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semula jadi. Hakikatnya, ia perlu
dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, anda berkemungkinan gagal
menepati sasaran menyusukan bayi seperti yang diimpi.
10 persediaan yang anda perlu tahu adalah :
1. NIAT DAN AZAM
Kedua-dua
aspek ini sama penting dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu
ibu. Niat dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda
mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap. Segala
cabaran dapat anda atasi kelak, anda lebih mengutamakan niat dan azam
berbanding lainnya.
2. CARI MAKLUMAT
Sepanjang
hamil, dapatkan maklumat berkaitan sebanyak mungkin agar dapat membantu
anda memahami konsep penyusuan susu ibu dengan baik. Salah satu konsep
asas yang perlu anda ketahui ialah sekerap mungkin payu dara
dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Tambahkan ilmu
dengan mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah,
laman web, blog, forum, ibu-ibu yang berpengalaman mahupun perbincangan
dengan kounselar laktasi bertauliah.
3. AMAL PEMAKANAN SIHAT
Pemakanan
sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan
semasa anda menyusukan bayi kelak. Pastikan anda makan dalam kuantiti
yang sedikit tetapi kerap. Selang-seli waktu makan utama dengan
mengambil snek berkhasiat. Dalam masa yang sama, pastikan menu anda
mengandungi protein, kalsium, vitamin, dan lain-lain dalam kadar yang
seimbang. Dengan cara sebegini, anda dapat memenuhi keperluan tubuh
untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti buat bayi kelak.
4.KELAS PENYUSUAN SUSU IBU
Adalah
satu langkah yang sangat bijak jika anda menghadiri kelas penyusuan
semasa hamil lagi. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau
klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Selain daripada
itu, anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya
dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadiri
kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia juga boleh memahami konsep
penyusuan susu ibu. Dengan yang demikian, anda sudah pasti mendapat
sokongan penuh daripadanya yang sangat berguna ketika anda berhadapan
dengan cabaran-cabaran di masa akan datang.
5. HOSPITAL BERSALIN PILIHAN
Hal
ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong
sepenuhnya usaha secara ekslusif. Antara lain, sebelum melahirkan,
bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda
menyusukan bayi sebaik kelahirannya nanti.
6. DAPATKAN SOKONGAN
Kongsi
niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama
suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk
mendapat sokongan sepenuhnya daripada mereka. Oleh itu, banyakkan
berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang
sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan
masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.
7. KELENGKAPAN PENYUSUAN SUSU IBU
Langkah
untuk melengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda
menyusukan bayi dengan lancar kelak perlu disediakan dengan
sebaik-baiknya. Antara kelengkapan tersebut termasuklah coli penyusuan,
pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Bagi yang
bekerjaya, anda perlukan pam payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg
pendingin, pek ais, peti sejuk dan sebagainya.
8. KEBERSIHAN PUTING
Pada
trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk
kerap membersihkan puting payu dara. Setiap kali mandi, cuci puting
dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam
terlebih dahulu. Sewaktu mencuci, elakkan penggunaan sabun. Apabila
puting dibersihkan, ia tidak lagi tersumbat dan memudahkan pengaliran
kolostrum buat pertama ksali selepas bayi dilahirkan nanti. Pada masa
yang sama, anda digalakkan untuk menarik keluar puting secara lembut dan
menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secara
perlahan-lahan.
9. KENALI PAYU DARA
Mengenali
payu dara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa
bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda akan dapat mengambil
langkah penyelesaiaan masalah. Bagi mengenal pasti bentuk payu dara,
adakah normal atau tenggelam, apa yang perlu anda lakukan adalah menekan
puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit. Kemudian,
lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, itu beerti payu dara anda
normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, itu bermakna
anda mempunyai masalah puting tenggelam.
10. YAKIN DIRI SENDIRI
Sikap
positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam memastikan usaha
menjayakan penyusuan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya
pada diri sendiri bahawa anda mampu menyusukan bayi sejurus selepas dia
lahir. Pedulikan kata-kata negatif yang boleh mengganggu usaha anda itu.
Ingat selalu, pengeluaran susu ibu adalah berasakan konsep pemintaan
dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya.
fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat koostrum.
Selepas hari ketiga, barulah susu matang berupaya dikeluarkan. Jadi,
keraplah susukan bayi dan sentiasa positif bahawa susu anda cukup untuk
keperluannya.
SELAMAT MENCUBA!!
-------------------------------------------------------------
PM admin Fauziah azie di Facebook
PM admin Fauziah azie di Facebook
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com
**
COD AREA : Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban
Jaya, Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan
Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.
0 comments:
Post a Comment