Dalam menyusukan bayi, salah satu
faktor yang perlu dititikberatkan ialah POSISI penyusuan. Dengan
melaksanakan posisi yang betul, ia dapat membantu anda melancarkan
seterusnya menjayakan proses penyusuan.
Secara
amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung,
KEPALA, TENGKUK dan BADAN bayi perlu berada dalam keadaan selari.
MUKAnya pula perlu menghadap payu dara. HIDUNG pula perlu bertentangan
dengan puting payu dara anda. Ketahui juga, bahawa bayi perlu rapat
dengan anda, PERUTnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, KEPALA,
BAHU dan PUNGGUNG bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa
yang sama, anda dinasihatkan tidak perlu membongkok dan sentiasa berada
dalam keadaan yang selesa.
JENIS-JENIS POSISI :
1. CRADLE HOLD
Posisi
dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para
ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ia sememangnya sangat
selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini
membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh itu, anda tidak
perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.
2. CROSS CRADLE HOLD
Melalui
posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi
menyusu di payu dara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu
oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala
bayi. Selain itu, badan bayi juga boleh disokong dengan menggunakan
bantal menyusu.
Posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payu dara yang agak besar.
3. FOOTBALL HOLD
Posisi
seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu bantal menyusu bagi
menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan
dibahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi
berada sama paras dengan payu dara. Kemudian anda perlu posisikan tubuh
bayi di bawah lengan, pegang kepalanya dan halakan mulut bayi ke payu
dara.
Posisi
ini sesuai dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara caeserean,
yang memiliki payu dara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi
bersaiz kecil, yang menyusukan anak kembar mereka pada waktu serentak.
4. LYING DOWN
Posisi
menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda
mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Jika anda melahirkan bayi
secara pmbedahan caesarean, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari
pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannnya dengan menyokong kepala bayi
dengan lengan ketika anda berbaring.
5. TANDEM
Lazimnya,
posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak
kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu masa.
Walaubagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika
masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil
pada waktu yang sama.
## SENDAWAKAN BAYI
Adalah
penting untuk anda sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Ini
kerana dibimbangi bayi termuntah susu. Caranya ialah anda perlu
meletakkan bayi di bahu anda. Kemudian, gosok atau tepuk perlahan-lahan
bahagian belakang badannya.
Ini diantara tips-tips posisi penyusuan yang boleh membantu anda menyusukan bayi anda dengan selesa.
SELAMAT MENCUBA!
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
Pm admin Fauziah azie di Facebook
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gamil.com
**COD
AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya,
Seremban Selatan, Seremban Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang,
Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.
0 comments:
Post a Comment