Umum mengetahui betapa istimewanya
susu ibu yang mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Pada awal
kelahiran, susu yang keluar adalah pekat dan bewarna kekuningan yang
dinamakan sebagai KOLOSTRUM. Ia merupakan imunisasi pertama untuk bayi.
Sayang sekali jika KOLOSTRUM yang wujud hanya untuk beberapa hari
selepas kelahiran tidak diberi kepada si manja.
Ketahuilah,
biarpun kuantiti KOLOSTRUM adalah sedikit namun ia cukup untuk memenuhi
keperluan bayi. Saiz perut bayi baru lahir kecil iaitu sebesar sebiji
guli. Jadi, dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada
hari-hari awal selepas kelahirannya.
KOLOSTRUM
merupakan makanan sempurna bagi bayi. Ia mengandungi kandungan protein,
vitamin A dan E yang lebih tinggi berbanding susu matang.
KOLOSTRUM
juga mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan
mencegah alahan. Jika makanan lain seperti susu formula atau air kosong
diberi kepada bayi terlebih dahulu sebelum KOLOSTRUM, makanan tersebut
boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan serta penyakit lain.
Jangan
sesekali tertipu dengan anggapan bahawa susu anda terlalu sedikit untuk
bayi kerana KOLOSTRUM yang dihasilkan sangat menncukupi. Bagi
mempercepatkan penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap
menyusukan bayi, memastikan posisi penyusuan yang betul dan pada masa
yang sama dapatkan khidmat urutan daripada badan terlatih. Proses urutan
yang dilakukan dapat membuka liang susu yang mungkin tersumbat
sekaligus melancarkan aliran susu.
BERSAMA-SAMA KITA MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF !
---------------------------------------------------------------------
Hubungi admin Fauziah azie di Facebook
Sms/Whatsapp: 012-6930770
FB Page:Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com
**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.
0 comments:
Post a Comment