Sejam pertama penuh bermakna. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyusukan si manja buat pertama kalinya.
Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, anda seharusnya diberi peluang untuk memegang
erat bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi,
sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh satu jam pertama selepas
kelahiran berupaya mengeratkan hubungan anda berdua. Malah, sentuhan
yang sama menjadi langkah penting untuk anda memulakan proses
pengeluaran susu. Ketika ini, bayi akan mencari payudara dan memberi
tindak balas dengan menghisap payudara. Tindakan ini dinamakan sebagai rooting reflex.
Menyusukan
bayi secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran
sememangnya penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran
susu yang lancar. Ia juga merupakan langkah bijak untuk anda
merealisasikan impian penyusuan susu ibu di masa akan datang. Oleh yang
demikian, beritahu dan nyatakan hasrat anda kepada doktor dan jururawat
di bilik bersalin agar segera menyerahkan bayi sebaik dia dilahirkan
untuk disusukan.
Kajian
menunjukkan bayi baru lahir yang mendapat sentuhan awal daripada ibu
cepat belajar untuk melekap dengan lebih efektif berbanding bayi yang
terpisah daripada ibunya dalam masa satu jam selepas lahir. Ketahuilah,
SEJAM PERTAMA ini adalah masa di mana bayi berada dalam keadaan waspada
dan tenang. Jadi, dia mudah berinteraksi dengan anda. Matanya yang
terbuka luas membolehkan dia mencari dengan penuh minat payudara.
Pemerhatian
yang dilakukan oleh pakar laktasi mendapati bayi baru lahir akan
berusaha bergerak menuju ke arah payudara. Biasanya dia mencapai sasaran
itu dengan bantuan yang minima.
Oleh
itu, beri sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh masa berharga ini.
Renung wajah dan berbual-bual dengannya agar dia boleh mendengar secara
langsung suara yang pernah didengarinya di alam rahim. Dakap dia agar
berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipinya ke payudara.
Untuk memastikan dia selesa, selimuti tubuhnya. Jangan khuatir kerana
suhu tubuh anda memadai untuk menghangatkannya.
PERMATA HATI SAYA YANG PERTAMA - LAHIR PADA 24/9/2010 DI KPJ SEREMBAN SEBERAT 3.14KG - DIBERIKAN SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR 1 TAHUN 8 BULAN |
-----------------------------------------------------------------
Hubungi admin Fauziah azie di Facebook
Hubungi admin Fauziah azie di Facebook
Sms/whatsapp: 012-6930770
FB Page: Luvlymum vitamins
Email: mamafarzana77@gmail.com
**
COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya,
Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan
Senawang, Taman Tasik Jaya, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.
0 comments:
Post a Comment