Tuesday, September 23, 2014

KENAPA ZARA Diberikan MEAL SHAKES dan SET KANAK-KANAK SHAKLEE?

Salam kepada semua pembaca blog.

Memiliki anak yang kurang selera makan memang amat merisaukan ibu dan bapa. Mana taknya, makan sedikit saja tapi cakap dah kenyang. Macam mana nak ada tenaga.

Kali ini Azie nak cerita apakah yang menbuatkan Azie berikan Meal Shakes dan Set Kanak-Kanak kepada Zara.


 Inilah Zara. Kalau sekali pandang mesti orang cakap"kurusnya budak ni". Memang kurus pun. Zara dah berusia 4 tahun. Seorang yang picky eater sesangat. Berat memang selalunya dibawah garisan. Kalau pergi KPJ untuk check-up mesti kena marah dengan doktor. Nak suruh dia makan sendiri memang susah. Ada je alasannya. Nak cuba makanan baru memang tak la. Cukup memilih dan cerewet. Tetapi Zara cukup aktif dan lincah.

Bila nak bagi makan memang Azie kena suap dan duduk sekali dengan dia. Kadang-kadang dekat 2 jam baru settle bagi makan sepinggan nasi. Letih mama tau! Tetapi disebabkan nak anak makan dan dapat nutrisi yang seimbang, terpaksalah Azie layankan aje.

Dan ini adalah cara Azie kalau nak suruh dia makan :

 Sambil mandi kolam sambil bagi Zara makan. Memang dia akan makan banyak.

 Sambil makan sambil tengok cerita Upin Ipin kat tab.

Azie sediakan pelbagai biskut di kaunter bar untuk pastikan Zara sentiasa makan. Chipsmore, Oreo, Apollo, Biskut Sayur, Wafer, Biskut Tiger, Biskut Lempong, sebut je nak biskut apa confirm ada.

Zara tak suka makanan yang disediakan oleh pihak sekolah, jadi Azie bekalkan biskut untuk dia makan.

Satu lagi, daripada kecil Zara alergic dengan roti dan kacang. Kalau bau roti je dia boleh muntah. Kalau makan kacang pula dia akan cirit birit.







Muka terperanjat sebab aktiviti kelas akan melibatkan roti ( mama yang risau takut Zara muntah je)

Tetapi sekarang alhamdulillah semua tu dah ok sejak ambil Meal Shakes dan Set Kanak-Kanak Shaklee. 



Sekarang ni Zara dah berselera makan. Walaupun tak makan nasi dalam kuantiti yang banyak tetapi dia kerap makan. Mesti ada je permintaan dia, nak roti canai la, nak bubur ayam la, nak dadih, nak biskut. Senang hati Azie bila tengok dia kerap minta makan. Berat pun dah naik.

Memang Meal Shakes dan Set Kanak-Kanak ni membantu Azie mengatasi masalah Zara. Selain daripada selera makan Zara meningkat, Zara pun jarang terkena demam, batuk dan selesema. Sehingga sesi persekolahan pada hari ini, baru 2 hari Zara tak pergi sekolah Tadika disebabkan demam.

Alhamdulillah, Azie bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan Meal Shakes dan produk Shaklee yang lain. Dan sekarang memang dah jatuh cinta dengan produk Shaklee ni. I Like!! Hihihi.


Ibu-ibu diluar sana yang ada anak macaam Zara, Azie cadangkan akan cubalah berikan anak anda Meal Shakes. Memang akan berpuas hati dan tak rasa rugi. Lagipun itu semua untuk kepentingan kesihatan mereka juga. Kalau anak kita sihat, pasti proses pembelajarannya amat memberansangkan.
Insyaallah. Amin.

Dapatkan harga istimewa produk & konsultasi percuma sekiranya anda membuat pembelian daripada Azie.

Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang memang menjimatkan untuk setiap pembelian produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee.

Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Senawang Jaya, Seremban Jaya, Seremban Sellatan, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Sikamat, Ampangan, Seremban, Senawang dan kawasan sekitarnya.

**Penghantaran keseluruh Malaysia menggunakan POSLAJU, CITYLINK dan GDEX.









0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...