Sunday, September 7, 2014

Ketahui SEBAB Kenapa Anak TIDAK BERSELERA Untuk MAKAN

Situasi bila anak anda tak nak makan. Apa yang anda rasa?
RISAU?
Sudah tentulah risau. Kalau mereka makan hanya 3-4 suap kemudian cakap dah kenyang. Tetapi tak nampak pun apa yang mereka makan sampai kenyang tu.

Sekilas fakta  :
Kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal.  Ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Ibu bapa perul bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien  sepanjang proses pembesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit.


Menurut kajian :
"Selera makan berkait dengan kekurangan beberapa vitamin dan mineral di dalam tubuh ( hakikatnya, tubuh tidak dapat membina vitamin sendiri, perlu diambil daripada sumber makan). Vitamin C dan vitamin B9 ( atau dikenali sebagai asid folid) yang mana kekurangan asid folik berkait rapat dengan selera makan yang merudum. Oleh  itu,bila anak-anak kurang makan bermakna dia akan kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badannya untuk berfungsi dan seterusnya menaikkan selera makan".

Tetapi sebelum tu ibu-ibu kena tahu dulu kenapa anak mereka kurang selera makan dan barulah boleh bertindak apa yang patut untuk mengatasinya. Kita tengok dulu apa sebabnya.

SEBAB Kenapa Anak Tiada Selera Makan :

  1. Mengalami masalah kesihatan, samaada masalah sakit gigi, penghadaman dan pelbagai penyakit lain.
  2. Bosan dengan makanan yang terhidang - kekerapan makanan yang sama berulang kali membuatkan mereka tidak berselera dan bosan.
  3. Terlalu menghargai masa mereka untuk bermain - bagi mereka masa yang ada lebih baik digunakan untuk bermain daripada makan.
  4. Makan berseorangan - tiada teman makan membuatkan mereka berasa tidak seronok dan membuatkan mereka hilang selera makan. 
  5. Ibu bapa yang selalu memaksa - sikap ibu bapa yang sering memaksa anak mereka ketika makan atau menghabiskan makanan yang terhidang membuatkan mereka hilang selera makan. Ini kerana kanak-kanak tidak suka dipaksa.
  6. Mula pandai memilih makanan - kanak-kanak yang menginjak keusia 1 tahun mula pandai memilih makanan dan menolak makanan yang tidak digemarinya terutamany sayur.
Apa penyelesaiannya?

Ibu bapa haruslah berusaha mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil oleh anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tak berzat dan berkhasiat. 


 Ok, setakat ni je perkongsian Azie untuk ibu-ibu semua. Buatlah perubahan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi membolehkan mereka mendapat zat yang sewajarnya seterusnya mempunyai kesihatan yang baik. Inayallah. Amin.

Jom join ahli untuk mendapatkan DISKAUN yang menag menjimatkan untuk setiap pembelian produk dan BONUS sehingga 21% daripada Shaklee.
..............................................................................
Sms/Whatsapp: 012-6930770
Email: mamafarzana77@gmail.com

**COD AREA: Taman Tuanku Jaafar, Taman Pinggiran Senawang, Seremban Jaya, Seremban Selatan, Senawang Jaya, Taman Bandar Senawang, Taipan Senawang, Taman Tasik Jaya, Sikamat, Ampangan, Seremban, Senawang, dan kawasan sekitarnya. 

**Penghantaran keseluruh Malaysia menggunakan POSLAJU, CITY-LINK dan GDEX.











0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...